Masjid Jamek Kampung Boyan

Gambaran Masjid Jamek Kampung Boyan daripada satelit diambil daripada Google Maps.

Masjid Jamek Kampung Boyan

Pemandangan depan masjid jamek..

Madrasah Al-Taufiqiah Kpg Boyan

Di bina pada tahun 1922, Bergambar bersama Tuan Haji Ali, Tuan Anjang serta berberapa lagi. Maklumat lanjut sila hubungi Tuan Haji Anjang

Pemandangan depan pagar masjid

Masjid Jamek Kpg Boyan Taiping Perak

Perpustakaan mini Masjid Jamek Kpg Boyan

Tempat membaca juga disediakan.

Thursday, December 29, 2011

Selamat Datang

PROFIL MASJID KG.BOYAN, TAIPING, PERAK

Kampung Boyan ialah sebuah kampung tradisional terletak di pinggir bandar Taiping, Sempadan sebelah timur ialah rel keretapi Taiping-Padang Rengas manakala di sebelah baratnya rel keretapi Kuala Sepetang (Port Weld) manakala sempadan di sebelah utara Stesen Keretapi Taiping dan di selatan Sungai Batu Teguh. Penduduknya terdiri dari pelbagai kaum anggaran pada masa ini 10000 orang terdiri daripada orang cina 45% melayu 35% india dan lain-lain 20%.
Kampung-kampung yang termasuk dalam Kariah masjid Kampung Boyan ialah: Kampung Boyan, Taman Sening, Taman long jaafar, taman bersatu, rancangan perkampungan tersusun paduka setia, taman Aulong Utama.

Nama kampung boyan ini diperolehi adalah kerana pada mulanya, adalah perkampungan orang Boewen yang bekerja sebagai penjaga kuda dari kelab lumba kuda taiping. Penempatan penduduk kampung boyan telah berlaku sejak lebih 100 tahun yg lalu. Kawasan tanahnya adalah bekas lombong bijih oleh kapal korek dan lombong tembak (menggunakan pancutan air). Jalan masuk ke kpg boyan boleh dilalui melalui jalan raja salim berhampiran stesen keretapi taiping, melalui jalan raja sulong bersebelahan hotel meridien/hsbc dan melalui jalan raja sulong berhampiran jambatan kota (sg batu teguh) berhampiran sekolah menengah dr burhanuddin dan sekolah menengah sri kota.

Pekerjaan penduduknya terdiri daripada kakitangan kerajaan dan berniaga serta pekerja kilang dan pesara.

Kemudahan yang terdapat di kampung boyan ialah deretan kedai taman sening, taman bersatu, 2 buah sekolah menengah kebangsaan, sekolah kebangsaan, kolej swasta, sekolah rendah agama rakyat, maahad tahfiz, pusat aktiviti perpaduan, rumah-rumah penginapan,

Pertubuhan Sukarela yang terdapat di kampung boyan ialah, jawatan kuasa kemajuan dan keselamatan kampung. (JKKK), Kawasan rukun tetangga (KRT), pertubuhan kumpulan perempuan (TPP), persatuan belia, persatuan al-munawarrah, persatuan ibu tunggal kaum india, pelbagai pertubuhan pari-parti politik.