Profil Masjid

PROFIL MASJID KG. BOYAN, TAIPING, PERAK



BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID
JABATAN AGAMA ISLAM PERAK


PROFIL MASJID
NAMA MASJID  :               MASJID JAMEK KAMPUNG BOYAN
NO DAFTAR        :              
ALAMAT              :               LORONG TAMAN LONG JAAFAR, F3/17
POSKOD               :               34000
NEGERI                 :               PERAK
DAERAH               :               LARUT MATANG & SELAMA
KARIAH                :               KAMPUNG BOYAN
KATEGORI           :               MASJID JAMEK
TELEFON              :
FAXMILI               :
NAMA BANK      :               BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD             
NO AKAUN         :               08040010022643  (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)




LATAR BELAKANG
TARIKH DI BINA                :               9 SEPTEMBER 2000 – SIAP APRIL 2002
DIRASMIKAN OLEH         :               KE BAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA PERAK RAJA DR NAZRIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDIN SHAH
TARIKH DIRASMIKAN     :               14 RAMADHAN 1425 (HIJRAH) BERSAMAAN 28 OGOS 2004
KAPASITI JEMAAH           :               1800 (ATAS DAN BAWAH)
TANAH                                 :               SUDAH DIGAZET
                                                                WARTA KERAJAAN NO 532 BERTARIKH 31 JULAI 2003


SEJARAH

(Sejarah pembinaan masjid/peristiwa penting semasa pembinaan masjid)

Surau diri Jumaat telah di mulakan pada tahun 1985 dibangunan Madrasah Al-Taufiqiah Jalan Raja Sulong Kampung Boyan. Cetusan membangunkan Masjid di Kampung Boyan adalah disebabkan beberapa peristiwa ahli kariah yang pergi menunaikan solat Jumaat di Masjid Daerah Taiping kerap kali ditimpa Kemalangan jalan raya.Antara lain seorang ahli kariah meninggal akibat kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan keMasjid Daerah Taiping. Pembangunan pesat di Kampung Boyan menjadikan pertambahan penduduk lebih pantas. Taman Long jaafar membena lebih dari 300 rumah sekitar tahun 80 han. Satu kawasan diperuntukan tapak Masjid Kampung Boyan ditengah-tengah Taman Long Jaafar.
Jawatankuasa Pembinaan Masjid telah ditubuhkan untuk memungut derma.Setalah beberapa tahun di jalankan kutipan derma dari ahli kariah dan orang ramai telah berjaya mengumpukan wang berjumlah 250,000.00.Bermula dari situ AJK telah merayu sumbungan dari Kerajaan Negeri dan pusat akhirnya berjaya mendapat sumbanagan Kerajaan Pusat berjumlah R 1,000,000.00.Bermula dari tarikh tersebut pembenaan dimulakan. Pembinaan Masjid Jamek Kampung Boyan di laksanakan oleh Pejabat Daerah Larut Matang dan Selama bersama-sama Ahli Jawatankuasa Pembenaan Masjid Jamek Kg. Boyan. Pembenaan berjalan lancar hingga siap di bena.



BINAAN

(Ciri-ciri senibina/struktur binaan mengikut binaan masjid)

(Kubah, menara,bumbung,mihrab,ruang solat,seni khat,senibina keseluruhan)

Pembinaan dimulakan dengan mengambil  kira keperluan dimasa hadapan,keputusan membina bangunan dua tingkat adalah dibuat memandangkan keluasan kawasan diperlukan untuk kegiatan dimasa hadapan. Kawasan tanah didalam bandar adalah terhad dan sukar untuk mendapatkan  tanah dimasa hadapan.  Tanah bekas lombong ini ditambak sebahagiannya untuk tapak masjid.Masjid dua tingkat ini mempunyai dua  kubah bahagian tengah masjid berukuran 20X20 kaki persegi dan bahagian tangga 10X10 kaki persegi dibuat dari metal dibuat berwarna kuning keemasan.
Bahagian atas masjid di pasang cermin di seluruh bangunan,manakala bahagian bawah dikosongkan untuk dewan serbaguna.Akhirnya bahagian bawah ini di pasang cermin dan dijadikan dewan solat.
Sejak dibena hingga kehari ini dewan solat tidak pernah ditambah,kerana mencukupi untuk semua ahli kariah sembahyang fardu termasuk solat Hari Raya.        
KEISTIMEWAAN
(Ciri-ciri keistimewaan masjid)
Mesjid Jamek Kg. Boyan adalah sebuah masjid yang memiliki ciri-ciri kemudahan untuk di tambah nilai kemudahan untuk ahli Jemaah. Pemasangan Penghawa dingin tidak melibatkan kos pengubahsuaian dan pemasangan Kipas gergasi juga mudah di masjid ini. Pengcahyaan mencukupi dan memberi keselesaan. Ruang solah bahagian atas boleh memuatkan serai  1200 jemaah manakala bahagian bawah seramai 800 ahli jemaah. Mengandungi  bilik perpustaan dan bilik khas wanita bersolat.
LOKASI
(Lokasi masjid dari bandar/ bandar utama/ jalan utama/ bangunan-bangunan bersejarah atau terkenal)
Disertakan pelan lokasi yang lengkap.

KOS PEMBINAAN
ANGGARAN KOS PEMBINAAN   :               RM 1,223 000.00
PERUNTUKAN PERSEKETUAN     :               RM 1,000.000.00
PERUNTUKAN NEGERI                   :               TIADA
SUMBANGAN                                   :               RM 250 000.00

KEMUDAHAN
(Kemudahan-kemudahan yang terdapat di masjid)



BIL
PERKARA
ADA
TIADA
1
TEMPAT WUDHU’
/

2
TELEKUNG
/

3
SEJADAH
/

4
BILIK MESYUARAT
/

5
BILIK PEGAWAI MASJID
/

6
PEJABAT MASJID
/

7
RUANG MAKAN
/

8
RUANG MEMASAK
/

9
PARKING
/

10
PONDOK TELEFON

X
11
MESIN ATM

X
12
KEDAI PERNIAGAAN

X
13
LALUAN ORANG KURANG UPAYA
/

14
TANDAS AWAM
/

15
TANDAS ORANG KURANG UPAYA

X
16
KERUSI ORANG KURANG UPAYA

X
17
PERPUSTAKAAN
/

18
RUANG IT
/

19
RUANG BILIK KULIAH

X
20
RUMAH MUSAFFIR

X
21
BAZIGO (PONDOK REHAT)

X
22
KAWASAN RIADAH
/



TANDAKAN        : / JIKA ADATANDAKAN        : X JIKA TIADA


PEJABAT PENTADBIRAN AGAMA ISLAM TAIPING KOMPLEKS PEJABAT AGAMA DAN MAHKAMAH SYARIAH, JALAN MUZIUM, 34000, PERAK DARUL RIDZUAN
_____________________________________________________________________________________________________
NOMBOR TELEFON JAWATANKUASA KARIAH DAN PEGAWAI MASJID DAERAH TAIPING

KARIAH                KAMPUNG BOYAN
DAERAH               TAIPING
ALAMAT              LORONG TAMAN LONG JAAFAR, F 3/17

BIL
JAWATAN
NAMA
NO TELEFON
1.
PENGERUSI
HJ.ANJANG AB RAHMAN BIN MAT
012-5151569
05-8075587
2.
TIMBALAN PENGERUSI
HJ. ALIAS B. HJ ABU BAKAR
017-5803091
05-8070284
3.
SETIAUSAHA
HJ. HAMDI B. HJ HUSSIN
019-5793010
05-8081489
4.
BENDAHARI
HJ. MOHD ADNI B. HJ MOHD AKHIR
016-4768130
05-8074984
5.
PEGAWAI MASJID
a. IMAM 1

HJ. AHMAD B. HJ BADARUDIN

012-5844797

b. IMAM 2

HJ. SHAMSUDDIN B. SULAIMAN

05-8081355

c. IMAM 3

HJ. SHAFIE B. OSMAN


d. IMAM

HJ. ZUL IKRAM B. KARIM

013-4114859

e. BILAL

EN. AZERI B. CHE LAH

011-52786513

f. BILAL

EN. HARIS B. TAN


g. BILAL


EN. MUHAMAD AMIR ZAKI BIN


h. SIAK

HJ. HASHIM B. MOHD SEMAN
05-8083619/
017-5298534

i. SIAK






Disediakan oleh :
HJ.ANJANG AB RAHMAN BIN MAT
Pengerusi,
Bertarikh : 22 November 2016/22 Safar 1438 (H)


LEBIH LANJUT SEJARAH MASJID KAMPUNG BOYAN:

Kampung Boyan ialah sebuah kampung tradisional terletak di pinggir bandar Taiping, Sempadan sebelah timur ialah rel keretapi Taiping-Padang Rengas manakala di sebelah baratnya rel keretapi Kuala Sepetang (Port Weld) manakala sempadan di sebelah Utara Stesen Keretapi Taiping dan di Selatan Sungai Batu Teguh. Penduduknya terdiri dari pelbagai kaum anggaran pada masa ini melebihi 10,000 orang terdiri daripada orang Cina 45% Melayu 35% India dan lain-lain 20%.
Kampung-kampung yang termasuk dalam Kariah Masjid Jamek Kampung Boyan ialah: Kampung Boyan, Kg. Boyan Baru Taman Sening, Taman Long Jaafar A,B,C,E dan Fasa 3, Taman Marisa, Taman Bersatu, Taman Medan Bersatu, Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Paduka Setia, Taman Aulong Utama.

Nama Kampung Boyan ini diperolehi adalah kerana pada mulanya, adalah perkampungan orang Boewen yang bekerja sebagai penjaga kuda dari Kelab Lumba Kuda Taiping. Penempatan penduduk Kampung Boyan telah berlaku sejak lebih 130 tahun yang lalu. Kawasan tanahnya adalah bekas lombong bijih oleh kapal korek dan lombong tembak (menggunakan pancutan air). Jalan masuk ke Kampung Boyan boleh dilalui melalui Jalan Raja Sulong bersebelahan Hotel Meridien/HSBC Bank dan melalui Jalan Raja Sulong berhampiran Jambatan Kota (Sg Batu Teguh) berhampiran sekolah menengah Dr Burhanuddin dan Sekolah Menengah Sri Kota.

Pekerjaan penduduknya terdiri daripada kakitangan kerajaan dan berniaga serta pekerja kilang, pesara dan berkerja sendiri. 

Kemudahan yang terdapat di Kampung Boyan ialah deretan kedai Taman Sening, Taman Bersatu, 2 buah Sekolah Menengah Kebangsaan iaitu SMK Dr. Burhanuddin dan SMK Sri Kota, Sekolah Kebangsaan Kampung Boyan, Kolej Swasta Noble School of Engineering, Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Khairiah Al-Taufiqiah, Maahad Tahfiz Al-Taufiqiah, Pusat Aktiviti Perpaduan, rumah-rumah penginapan, Klinik Satu Malaysia.

Pertubuhan Sukarela yang terdapat di Kampung Boyan ialah, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. (JKKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Pertubuhan Kumpulan Perempuan (TPP), Persatuan Belia, Persatuan Al-Munawarah, Persatuan Ibu Tunggal Melayu dan kaum India, pelbagai pertubuhan parti-parti politik.

Surau yang berada di Kariah Masjid Jamek Kg. Boyan terdapat di kawasan RPT Paduka Setia iaitu Surau An-Najhin.


Cetusan untuk membina Masjid Jamek Kg. Boyan bermula pada tahun 1985 iaitu apabila surau diri Jumaat bertempat di Madrasah Al-Taufiqiah Jalan Raja Sulong kini menempatkan Pertubuhan Rumah Anak-Anak Lelaki Maahad Tahfiz Al-Taufiqiah sudah tidak mampu menampung jemaah yang sentiasa bertambah. Jawatankuasa Pembinaan Masjid ditubuhkan di pengerusikan oleh Tuan Haji Salleh bin Yusof pada tahun 1980 kemudian digantikan oleh Tuan Haji Fadzil bin Pak Wan pada tahun 1990 di ambil alih oleh Tuan Haji Anjang Ab Rahman bin Hj.Mat pada 5 September 1995. Pungutan derma dari orang ramai berjaya dikumpul berjumlah RM 250,000.00. Pada  28 September 1999 rujukan (9) dlm.UPP.0.93(BK)/32/12(99)SJ.1A(1468) satu peruntukan YAB Perdana Menteri berjumlah RM 1,000,000.00 diluluskan. Pembinaan dimulakan pada 9 haribulan September tahun 2000 dan siap pada bulan April tahun 2002 dengan kos pembinaan berjumlah RM1,223,000.00 dibawah pengelolaan Pejabat Pembangunan Daerah Larut dan Matang dan Jawatankuasa pembenaan masjid Kg.Boyan Taiping.

Sembahyang Jumaat pertama telah di Istiharkan oleh tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Saleh Ahli Majlis Fatwa pada 24 haribulan Mei 2002.

Masjid Jamek Kg Boyan telah dirasmikan oleh kebawah Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr Nazrin Shah  Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah Raja Muda Perak Darul Ridzuan pada 14 haribulan Ramadan 1425 bersamaan 28 haribulan Ogos 2004 hari Khamis.

Masjid Jamek Kg.Boyan telah dibina diatas sebidang tanah seluas lebih kurang 0.8093 Hektar (2 ekar) Mukim Asam Kumbang ,Warta Kerajaan N0.532 bertarikh 31 Julai 2003

Disediakan oleh:
Anjang Ab Rahman bin Mat
Pengerusi MSJID   Jamek Kg.Boyan
Taiping Perak.


Bertarikh:   15 September 2002



0 comments:

Post a Comment