Masjid Jamek Kampung Boyan

Gambaran Masjid Jamek Kampung Boyan daripada satelit diambil daripada Google Maps.

Masjid Jamek Kampung Boyan

Pemandangan depan masjid jamek..

Madrasah Al-Taufiqiah Kpg Boyan

Di bina pada tahun 1922, Bergambar bersama Tuan Haji Ali, Tuan Anjang serta berberapa lagi. Maklumat lanjut sila hubungi Tuan Haji Anjang

Pemandangan depan pagar masjid

Masjid Jamek Kpg Boyan Taiping Perak

Perpustakaan mini Masjid Jamek Kpg Boyan

Tempat membaca juga disediakan.

Sunday, December 1, 2013

MAJLIS AKAD NIKAH 3 PASANGAN PENGANTIN PADA HARI JUMAAT PADA 29 NOVEMBER 2013 JAM 5 PETANG DI MASJID JAMEK KG BOYAN

Saturday, November 30, 2013

SENARAI KETUA KELUARGA AHLI KARIAH MASJID JAMEK KG BOYAN

Berikut Senarai Ketua Keluarga Kampung Boyan , Taiping Perak
Seperti dilampirkan di bawah






Friday, November 29, 2013

MAJLIS BERKHITAN BERAMAI-RAMAI ANJURAN MASJID JAMEK KG BOYAN TARIKH 29 NOVEMBER 2013 MASA 3.00 PETANG - 6.00 PETANG YANG TERLIBAT 18 PESERTA









Thursday, November 21, 2013

Gambar majlis bacaan Yassin dan solat hajat PMR, SPM dan STPM di Masjid Kg Boyan pada 27 September 2013 Jam 4.00 ptg- 6.30 ptg







Wednesday, November 20, 2013

RAWATAN AKUPUNKTUR (ACUPUNCTURE) DI MASJID JAMEK KG BOYAN TAIPING PERAK

TARIKH LAWATAN                         MASA                                      PENYERTAAN

25/9/2013                                10.00 PAGI- 7.00 PETANG                      60 PESAKIT
26/9/2013                                10.00 PAGI- 2.00 PETANG                      50 PESAKIT

23/10/2013                              10.00 PAGI- 6.00 PETANG                      50 PESAKIT
24/10/2013                              10.00 PAGI- 3.00 PETANG                      40 PESAKIT

20/11/2013                              10.00 PAGI- 5.00 PETANG                      40 PESAKIT
21/11/2013                              10.00 PAGI- 2.00 PETANG                      35 PESAKIT






Monday, November 18, 2013

SUDUT HERBA MASJID JAMEK KG BOYAN

Sudut ini diwujudkan untuk memberi sedikit pengetahuan dan pengalaman dalam penggunaan herba sebagai bantuan untuk kesihatan dan rawatan.

MISAI KUCING : ORTHOSIPHON STAMINEUS, BENTH/   ORTHOSIPHON ARISTATUS
PENGENALAN
Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.
Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.
Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai daun pendek, berukuran 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.
Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ianya boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.
 Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian, daunnya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

“MINUM AIR MISAI KUCING PADA SETIAP PAGI DAN MALAM”

“SATU UNTUK 20GRAM DIRENDAMKAN DI DALAM AIR PANAS SUHU DIDIH DALAM SECAWAN AIR”

“INSYAALLAH DAPAT MENGAWAL PENYAKIT KENCING MANIS DAN DARAH TINGGI”

Tanaman Pecah Beling Serta Manfaatnya

Keji beling (Strobilanthes crispus) atau juga disebut keci beling, picah beling (Betawi), Pecah beling atau disebut juga enyoh kelo (Jawa) adalah anggota Acanthaceae yang dapat menyembuhkan diabetes. Tumbuhan ini merupakan perdu yang berasal dari Madagaskar menyebar ke Indonesia dan tumbuh subur di Malaysia.

Tanaman pecah beling banyak tumbuh dipedesaan, tak jarang tanaman ini dijadikan sebagai tanaman pagar. Tanaman ini sangat mudah berkembang biak ditanah yang subur, agak terlindungi dan ditempat terbuka. Sedangkan daun pecah beling mempunyai ciri-ciri sebagai berikut : daun yang beruas-ruas dan berbulu kasar, karena itu apabila kita pegang daunnya maka akan terasa kasar.

Tanaman semak yang tingginya 1-2 meter, panjang helai daun pecah beling ± 5-8 cm dan lebar ± 2-5cm. Batangnya beruas, bentuknya bulat, berambut kasar, dan warnanya hijau. Percabangannya yang menyentuh tanah dan keluar dari akar sehingga bisa dipisahkan dari tanaman induk. Sementara itu, daunnya tunggal, bertangkai pendek, dengan duduk daun yang berhadapan. Helaian daunnya lanset, memanjang atau hampir jorong, tepinya bergerigi, dengan ujung dan pangkalnya yang meruncing, kedua permukaanya kasar. Pertulangan daunnya menyirip dan berwarna hijau. Akarnya tunggang dan berwarna coklat muda. Perbungaannya majemuk dan berkumpul pada bulir padat. Mahkota bunga berbentuk corong, terbagi lima, berambut, dan berwarna kuning atau ungu. Benang sarinya berjumlah empat, berwarna putih, dan kuning. Buahnya berbentuk gelondong, dan berisi 2-4 biji. Bijinya bulat, pipih, kecil-kecil, dan berwarna coklat.

Tanaman Pecah Beling Serta Manfaatnya

Keji beling (Strobilanthes crispus) atau juga disebut keci beling, picah beling (Betawi), Pecah beling atau disebut juga enyoh kelo (Jawa) adalah anggota Acanthaceae yang dapat menyembuhkan diabetes. Tumbuhan ini merupakan perdu yang berasal dari Madagaskar menyebar ke Indonesia dan tumbuh subur di Malaysia.

Tanaman pecah beling banyak tumbuh dipedesaan, tak jarang tanaman ini dijadikan sebagai tanaman pagar. Tanaman ini sangat mudah berkembang biak ditanah yang subur, agak terlindungi dan ditempat terbuka. Sedangkan daun pecah beling mempunyai ciri-ciri sebagai berikut : daun yang beruas-ruas dan berbulu kasar, karena itu apabila kita pegang daunnya maka akan terasa kasar.

Tanaman semak yang tingginya 1-2 meter, panjang helai daun pecah beling ± 5-8 cm dan lebar ± 2-5cm. Batangnya beruas, bentuknya bulat, berambut kasar, dan warnanya hijau. Percabangannya yang menyentuh tanah dan keluar dari akar sehingga bisa dipisahkan dari tanaman induk. Sementara itu, daunnya tunggal, bertangkai pendek, dengan duduk daun yang berhadapan. Helaian daunnya lanset, memanjang atau hampir jorong, tepinya bergerigi, dengan ujung dan pangkalnya yang meruncing, kedua permukaanya kasar. Pertulangan daunnya menyirip dan berwarna hijau. Akarnya tunggang dan berwarna coklat muda. Perbungaannya majemuk dan berkumpul pada bulir padat. Mahkota bunga berbentuk corong, terbagi lima, berambut, dan berwarna kuning atau ungu. Benang sarinya berjumlah empat, berwarna putih, dan kuning. Buahnya berbentuk gelondong, dan berisi 2-4 biji. Bijinya bulat, pipih, kecil-kecil, dan berwarna coklat.
Kandungan:
Tanaman ini mempunyai banyak kandungan mineral seperti kalium, kalsium, natrium, ferum, fosforus, asam silikat, tannin, glikosida dan terdapat juga vitamin C, B1 dan B2.

Zat kalium dari tumbuhan ini menyebabkan menyebabkan diuretik, sehingga dapat melarutkan batu yang terbentuk dari garam kalsium oksalat pada kantung empedu, kantung kencing, dan ginjal. Adanya kandungan asam silikat menyebabkan penderita gastritis dilarang meminum rebusan keji beling.

Manfaat:
Kegunaan dari daun pecah beling sangat banyak seperti obat untuk kencing tidak lancar, batu kandung empedu, batu ginjal, sembelit, wasir, kencing manis dan dapat juga digunakan sebagai obat penurun kolesterol. Selain itu, dapat juga menyembuhkan leukimia dan mencegah AIDS.

Pengolahan:
Mengatasi tubuh yang gatal kena ulat atau semut hitam, caranya dengan cara mengoleskan langsung daun keji beling pada bagian yang gatal tersebut.

Mengatasi diare (mencret), disentri, seluruh bagian dari tanaman ini direbus, selama lebih kurang setengah jam, kudian airnya diminum.

Mengatasi kencing manis dengan cara dimakan sebagai lalapan secara teratur setiap hari.

Mengobati penyakit lever (sakit kuning), ambien (wasir) dan maag dengan cara dimakan secara teratur.

Mengobati batu ginjal seluruh bagian dari tanaman ini direbus, selama lebih kurang setengah jam, kemudian airnya diminum.

Untuk mengurangi rangsangan pada lambung, lebih baik sewaktu merebus keji beling, dicampur dengan daun wungu.







Khasiat Daun Belalai Gajah

Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass telah lama dikenal pasti mempunyai antioksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.

Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.


Daun Belalai Gajah




Khasiat Sebenar Si Tongkat Ali

Tongkat Ali atau nama saintifiknya "Eurycoma Longifolia" acap kali dikaitkan dengan menguatkan tenaga batin. Terutamanya buat kaum Adam. Jadi, memang tak hairanlah jika pelbagai produk berasaskan Tongkat Ali ni berlambak di pasaran. Semuanya adalah kerana permintaan yang terlalu tinggi terhadapnya.


Pokok Tongkat Ali - Wikipedia.org

Menurut pengamal perubatan tradisional, khasiat Tongkat Ali amat sesuai untuk;
i. Menghilangkan rasa letih setelah melakukan aktiviti lasak atau kerja berat.
ii. Melancarkan peredaran darah dalam badan.
Namun begitu, pengambilan herba Tongkat Ali ni sebenarnya hanyalah bila perlu saja. Maknanya, anda patut mengambilnya sama ada sebelum ataupun selepas melakukan aktiviti lasak. Bukannya dijadikan sebagai amalan harian tau!




Cara-cara penggunaan herba Tongkat Ali:
1. Ambil akar tongkat ali.
2. Kemudian, bersihkan akarnya dahulu dan keringkan.
3. Setelah kering, racik akar Tongkat Ali tu halus-halus.
4. Seterusnya, anda ambillah sedikit saja akar yang telah diracik halus tadi.
5. Masukkannya dalam gelas yang berisi air panas dan biarkannya terendam.
6. Setelah air rendaman itu suam, tapiskannya ke dalam gelas lain.
Proses penapisan ini bertujuan mengasingkan serbuk akar Tongkat Ali yang ada di dalamnya. Ini kerana serbuk tersebut memang tak sesuai untuk diminum.
Sebabnya, serbuk tersebut sifatnya tak mudah hadam walaupun ia nampak halus. Ia juga dikhuatiri boleh mencalarkan saluran darah dan ada kalanya akan mendap dalam buah pinggang anda.
7. Setelah menapis air tersebut, barulah anda boleh meminumnya secara perlahan-lahan.



Khasiatnya Limau Purut

Limau Purut mempunyai khasiat istimewa. Ia dapat melembut, melebat, merapi dan juga mengharumkan rambut. Juga dapat menghilangkan kelemumur dan rasa gatal pada kulit kepala selain meninggalkan bau wangi.

Limau purut dikatakan dapat memberi kesegaran dan keyamanan dan juga meringankan masalah kulit seperti melegakan migraine sambil merangsang perjalanan darah.

Apakah khasiat Limau Purut?

Khasiat yang tinggi dalam dunia perubatan. Mengandungi bahan aktif berubat seperti anti hysteria, anti tumor, pencuci asli, anti septic, anti bacteria dan banyak lagi.

• Dengan memasukkan pati minyak limau purut dalam mandian dapat menghilangkan bau badan serta melembutkan kulit.

• Dapat melancarkan sistem pernafasan dengan menyapukan pati minyak limau purut pada dada, tengkuk dan belakang badan.

• Dengan sedikit garam dan daun limau purut yang ditumbuk halus dapat mengelak dari masalah kekuningan pada gigi.

• Sebagai wangian dalam aromaterapi. Kesegaran nyaman disekeliling ruang dalam rumah atau pejabat (kantor).

• Memberi aroma pada masakan hingga membangkitkan selera makan.



Limau Purut baik untuk rambut 


Jika anda ingin rambut anda bersih, cubalah mengambil buah limau purut. Belah dua dan jusnya diperah ke atas kepala dan digosokkan ke kulit kepala. Insyallah, jika diamalkan, rambut menjadi sihat, berkilat, dan bersih tanpa kelumumur.

Kesalahan dalam Penjagaan Rambut

• Jika membasuh rambut sekali atau dua kali seminggu. Dinasihatkan agar silang sehari rambut dicuci agar dapat menyandari dari cuaca serta pencemaran disekililing.

• Jika menyikat rambut ketika basah. Keadaan rambut jika basah sangat lemah dan akan mudah pecah atau putus.

• Jika mengelap rambut secara kasar ketika rambut basah dengan tuala akan terjadinya rambut gugur dan putus. Biarkan ianya kering dengan sendirinya.

• Jika mengikat rambut ketat-ketat akan menyebabkan rambut bercabang dan menghalang pertumbuhan rambut.

• Jika sering dikerintingkan atau diwarnakan akan menghancurkan lapisan protein, menjadikannya kering.


Aloe vera segarkan kulit

Aloe vera sejenis tumbuhan berair yang mengagumkan yang menjadi sebahagian daripada keluarga besar Liliaceae. Bawang putih dan merah juga tergolong dalam keluarga serupa.

Hampir 100 peratus tumbuhan itu berasaskan air dan bahagian dalamnya dipenuhi isi berbentuk gel yang mempunyai banyak kegunaan dan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman.

Ia mengandungi lebih 200 komponen aktif antaranya vitamin, mineral, asid amino, enzim serta lemak asid malah sudah digunakan masyarakat dunia sebagai terapi untuk kesihatan sejak lebih 5,000 tahun lalu.

Aloe vera kaya dengan vitamin A, C dan E serta asid folik, choline, B1, B2, B3, B6 dan B12 di samping mineral seperti kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium, sodium dan zat besi.

Tumbuhan berkenaan juga dipenuhi khasiat asid amino dan asid lemak yang penting untuk pertumbuhan tubuh yang sihat di samping mempunyai kemampuan mengurangkan jumlah lemak dalam darah.

Semua bahan yang terkandung dalamnya bertindak membantu mengurangkan simptom alahan dan masalah penghadaman tidak lancar. Malah aloe vera dikatakan mempunyai khasiat yang mampu meningkatkan ketahanan badan bagi melawan penyakit.

Sifatnya yang berair dikatakan mampu menyegar dan membersihkan saluran penghadaman seterusnya memperbaiki masalah penyingkiran toksin dari badan, yang sememangnya boleh menyebabkan seseorang tertekan.

Ia turut membantu masalah ciritbirit dan merawat masalah pencernaan dan pedih ulu hati, selain mengurangkan bakteria dan menyeimbangkan flora dalam perut. Malah ia juga membantu menurunkan berat badan secara tidak langsung apabila sistem penghadaman menjadi lebih sihat.

Selain itu, aloe vera mampu mencantikkan dan menyihatkan kulit serta merawat masalah seperti jerawat, luka kecil, psoria sis, gigitan serangga, melecur dan memudarkan parut yang masih baru.

Ini kerana ia bertindak seperti penawar yang bukan saja dapat melegakan rasa sakit, gatal dan mengurangkan pendarahan, malah mempercepatkan proses penyembuhan.

Oleh kerana sifatnya yang berair, aloe vera yang juga dikenali sebagai lidah buaya boleh digunakan sebagai pelembap untuk menyegarkan kulit, juga membantu keadaan kulit yang kering dan rosak.

Kandungan aloe vera yang popular dalam dunia kecantikan ialah asid salisilik dan sulfur. Mereka yang kerap terdedah pada sinaran matahari boleh menggu nakan aloe vera untuk melegakan keadaan kulit yang terbakar akibat panahan matahari.

Pada masa sama, kandungan zatnya yang mencukupi juga mampu melembutkan dan mencantikkan rambut apabila disapu.

Bagi mendapat kesan terbaik daripada aloe vera, sesetengah pakar menyarankan penggunaannya antara dua hingga tiga kali dalam seminggu, dengan menyapu gel aloe vera sambil mengurut tempat yang ingin dirawat atau diberi kelembapan.

Sapuan aloe vera ke kulit sebelum mengenakan mekap juga boleh membuatkan kulit lembut dan segar, terutama kepada mereka yang mementingkan bahan semula jadi dan tidak menggunakan pelembap di pasaran.

Lelaki juga boleh mendapat manfaat aloe vera dengan menyapu pada kulit untuk menyegarkan dan memperbaiki bahagian kulit yang terluka selepas bercukur.

Daun aloe vera mudah ditanam sama ada menggunakan biji benih atau memotong aloe vera sedia ada.

Biji boleh ditanam di dalam tanah yang diletakkan dalam pasu atau tanamkan separuh daripada bahagian daun aloe vera yang dipotong daripada pokok aloe vera lain.




Potongan daun aloe vera akan mengambil masa agak lama untuk tumbuh, kadangkala hingga berbulan lamanya namun biji benih pula mengambil masa agak pantas iaitu kirakira dua minggu.

Ia perlu disiram air setiap hari namun tidak boleh terlalu banyak air, dan gunakan baja jika perlu. Apabila daun aloe vera kelihatan kekuningan, ia perlu dipindahkan ke tempat yang lebih teduh.

Ketika mula ditanam, aloe vera perlu berada di tempat yang teduh tetapi selepas tiga minggu ia perlu didedahkan kepada cahaya matahari. Siram setiap empat hari kerana jika disiram terlalu kerap, daunnya menjadi lembik dan akarnya mudah rosak. Apabila aloe vera sudah membesar, daunnya boleh dipotong untuk mengambil lendir bagi pelbagai kegunaan dan ia akan tumbuh semula selepas beberapa minggu. Bagi mengeluarkan gel aloe vera, daunnya perlu dipotong dan dibersihkan terlebih dulu sebelum dibelah dua secara memanjang. Gunakan sudu untuk mencungkil gel yang ada dan masukkan dalam bekas lain supaya mudah digunakan.


DAUN POKOK MELONG

KHASIAT















LIMAU KASTURI
Khasiat dan Hidangan Buah Limau Kasturi
Perahan jus limau kasturi (Citrus Microcarpa) memang diakui mampu menambahkan keenakan rasa sesetengah minuman dan masakan. Namun keistimewaannya tidak terhenti setakat itu sahaja. Sebenarnya banyak lagi khasiat limau kasturi yang belum anda ketahui.
Ini kerana bukan hanya jusnya, malah kulit limau kasturi ini pun boleh digunakan untuk mengurangkan sesetengah penyakit lelah, sakit tekak dan juga pening kepala. Tidak lupa juga, ia dikatakan dapat mengatasi masalah badan berbau.

Khasiat Buah Limau Kasturi

1. Ambil sesudu madu asli, kemudian campurkan dengan 5 titik jus
    limau kasturi.
2. Minum campuran madu dan jus limau kasturi tadi.

    Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika
    tidak mengalami lelah. Tetapi cukuplah anda mengamalkan cara
    ini seminggu sekali.

Melegakan Pening Kepala

1. Potong di bahagian atasnya sebiji buah limau kasturi.
2. Picit kulit buah limau kasturi sehingga cecairnya keluar. Pastikan
    dihalakan percikan cecair ke arah hidung.

     * Anda juga boleh memakan kulitnya secara mentah.

Mengatasi Masalah Berbau Badan

1. Amalkan selalu memakan kulit buah limau kasturi secara mentah.

Menyembuhkan Sakit Tekak

1. Biasanya ia digunakan bagi menyembuhkan sakit tekak akibat
    lendir dan kahak.
2. Bagi orang dewasa anda campurkan jus limau kasturi dengan
    sedikit lada hitam. Kacau campuran itu hingga rata dan minum.
3. Jika kanak-kanak pula, anda boleh campurkan jus limau kasturi
    itu dengan sedikit madu. Tujuan mengantikan lada hitam
    dengan madu adalah untuk mengelakan daripada kanak-kanak
    itu mengalami kepanasan.

PROCESSING OF CALAMANSI
CALAMANSI NIP (SYRUP)
·                     Use freshly harvested mature calamansi
·                     Wash and drain
·                     Cut across the upper portion to avoid cutting the seeds
·                     Squeeze out the juice by hand or use a fruit juice squeezer.
·                     Strain
·                     For every part of the juice, add 1 13/4 parts sugar (60oB)
·                     Stir to dissolve the sugar.
·                     Allow to stand undisturbed for three (3) days, preferably in a refrigerator
·                     When the fruit pulp and other fruit sediments have floated and the clear calamansi juice has settled, this clear solution is called the calamansi nip.
·                     Siphon the nip into a dry sterile, narrow mouth glass bottle with a stopper.
·                     Fill containers completely
·                     Refrigerate at 50oF or below.
CALAMANSI PRESERVE
·                     Select big, green calamansi fruits
·                     Cut slits in the lower end of the fruit to extract the seeds and the juice
·                     Soak the de-juiced fruit in water overnight
·                     Boil in a copper vat with enough water
·                     Remove from the fire when the natural green color of the fruit has set
·                     Soak again in water for three (3) days but change the water often.
·                     Boil in plenty of water three or 4 times but change the water after boiling
·                     Drain
·                     Cook in syrup (2 parts sugar to 1 part water) for 15 minutes. Soak overnight
·                     Boil in the same syrup until it begins to thicken.
·                     Drain syrup
·                     Pack calamansi in jars and pour strained syrup
·                     Remove bubbles, refill, half-seal, and sterilize 12 oz jars for20 minutes in boiling water
Ini pula khasiat halia/ halia bara.....

- Membantu menghadamkan makanan. 
- Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederhana. 
- Mengawal hati supaya tidak sejuk & basah. 
- Membantu menguatkan tenaga jimak & menambahkan air mani. 
- Membuang angin yang terdapat dalam usus kecil & besar. 
- Membuang kahak & lendir yang melekat di bahagian halkum. 
- Menghilang bau busuk mulut. 
- Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan & buah-buahan atau sayur-sayuran apabila telah dimakan atau diminum.

Halia Bara / Halia Merah.
Antara Khasiat Halia Bara untuk rawatan ialah
- Demam
- Demam malaria
- Resdung
- Sengal-sengal sendi
- Tenaga Batin



Nama Tempatan: Hempedu bumi 
Nama Saintifik: Andrographis Paniculata 
Nama Lain: Akar cerita, sambilata,nivalembu,king of bitter, maha tita 
Famili: Acanthaceae 
Lokasi dijumpai: Malaysia, Thailand,India,Indonesia 

Keterangan: 
Pokok Hempedu bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi banyak dijumpai di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal. 

Kegunaan: 
Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus akar tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut. 

Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agar sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan.Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu. Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan.. Antara herba yang mempunyai rasa pahit adalah pokok hempedu bumi (nama saintifiknya adalah Andrographis Paniculata) ataupun sesetengah orang memanggilnya sebagai akar cerita. Pokok herba ini agak senang dicari kerana ia tumbuh di sekitar rumah, longkang ataupun kawasan semak samun yang terbiar. Mungkin ia tumbuh di kawasan sedemikian, maka sebahagian besar masyarakat hari ini kurang mengetahui khasiatnya yang agak popular bagi tumbuhan ini adalah untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga demam. 

Malah, tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu. Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari.




















Belimbing Tanah

Nama botani : Oxalis barrelieri Linn

Nama lain : Belimbing bukit

Famili : Oxalidaceae


Habitat

Belimbing tanah boleh ditemui hidup liar di kawasan lembah, di tanah yang lembap dan di padang.

Ciri morfologi

Tumbuhan herba yang kecil ini mempunyai batang berwarna hijau. Tingginya men­capai 0.5 m. Daunnya jenis majmuk, mengandungi tiga helai anak daun berbentuk bulat. Bunga berwarna ungu keputihan. Buah pula kecil berwarna hijau hingga hi­tam, dan berasa masam .

Kegunaan dan khasiat

Seperdu pokok belimbing tanah (akar, daun dan buah) direbus hingga mendidih. Air rebusan ini diminum dua kali sehari untuk me­nyembuhkan penyakit buasir, darah tinggi dan kencing manis. Air ini juga dipercayai berkesan untuk merawat sakit buah pinggang, lemah
jantung serta dapat menghilangkan da­haga.


Buah belim­bing tanah yang segar boleh di­makan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Buah yang hitam didapati le­bih berkesan.