Masjid Jamek Kampung Boyan

Gambaran Masjid Jamek Kampung Boyan daripada satelit diambil daripada Google Maps.

Masjid Jamek Kampung Boyan

Pemandangan depan masjid jamek..

Madrasah Al-Taufiqiah Kpg Boyan

Di bina pada tahun 1922, Bergambar bersama Tuan Haji Ali, Tuan Anjang serta berberapa lagi. Maklumat lanjut sila hubungi Tuan Haji Anjang

Pemandangan depan pagar masjid

Masjid Jamek Kpg Boyan Taiping Perak

Perpustakaan mini Masjid Jamek Kpg Boyan

Tempat membaca juga disediakan.

Saturday, December 5, 2015

Projek Pusat Aktiviti Riadah

Masuk kawasan pada 1 Oktober 2015 dan dijangka siap pada 15 Disember 2015. Kos RM 100 000 sumbangan Majlis Agama Islam Negeri Perak (Baitumal).










Wednesday, September 2, 2015

Profil Tanah Perkuburan Kg Boyan

PROFIL TANAH PERKUBURAN KARIAH MASJID JAMEK KG. BOYAN
Lrg Taman Long Jaafar F3/17 Taman Long Jaafar, Kg.Boyan, 34000 Taiping

Tapak tanah perkuburan Kg Boyan telah dirizabkan melalui Warta Kerajaan No 366 bertarikh 01hb. Mac 2012.Setelah mendapat Kelulusan oleh Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2009. 

Kawasan tersebut terletak di Wilayah RKT Aulong Lama Mukim Asam Kumbang Daerah Larut,Matang dan Selama. N0 Pelan PA 113605 No Lot 312249 Luas 20,887 meter persegi.
Kedudukannya bersebelahan Kawasan Sekolah Kebangsaan Kampung Boyan Taiping Perak, dikelilingi kawasan RTK Aulong Lama, Taman Peduka Setia,Tykonvilla .  Laluan masuk dari Kg. Boyan ialah melalui Jalan Dato’ Seri Kamaruddin, Taman Sening.

Sebelum dirizabkan sebagai Tanah Perkuburan Kg. Boyan kawasan ini merupakan kawasan bekas lombong bijeh timah kawasan berpasir dan berair serta berpaya dipenuhi oleh semak samun. Setelah menerima kelulusan dari Kerajaan Negeri dalam tahun 2009 Ahli Jawatankuasa Masjid telah menubukan Jawatankusa Pengurusan tanah perkuburan dan kerja-kerja meratakan tanah serta menambak kawasa dimulakan dan siap sepenunya pada akhir tahun 2009. Kos kerja-kerja tersebut ditanggung oleh Masjid Jamek Kg. Boyan berjumlah hampir RM 20,000.00 dibelanjakan.

Selepas tanah siap diratakan wakil dari  Jabatan Agama Islam dari Ipoh dijemput untuk menentukan Arah Kiblat pada awal 2010. Selepas itu Ahli Jawatankuasa telah menanam batu-batu lot perkuburan. Sebanyak 500 lot disediakan dalam fasa pertama.

Pada 7hb April 2010 jenazah pertama dikebumikan ditanah perkuburan ini iaitu seorang lelaki dari Taman Long Jaafar Fasa 3 Kg. Boyan.

Disediakan oleh
Hj Anjang Ab Rahman bin Haji Mat
Pengerusi Jawatakuasa Kariah
Masjid Jamek Kg.Boyan
Bertarikh : 2hb.September 2015



Monday, April 13, 2015

Lawatan kerja ke Melaka, Johor & Singapura. Ahli Jawatankuasa Masjid Kariah Masjid Bestari Negeri Perak bersama Pegawai-Pegawai MAIPK